Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan
untuk bertaubat kepada Allah SWTDia berkata, “Sepanjang aku menggali
kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang
menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas
perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
Kisah Nyata Penggali Kubur Yang Melihat Azab Nyata Orang-orang Yang Meninggal, Mengerikan!
-Yang
pertama, “aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat
wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai
tuan guru?” tanya pemuda itu.
-“Wahai
anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT
sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membedakan mereka
daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
-Sambung
pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat
elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat. Tatkala malam hari
ketika aku menggali kubur mereka, aku melihat wajah mereka
telah berubah menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
-Jawab
ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat
merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika
shalatnya sempurna, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
-Pemuda
itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja. Apabila
aku menggali kubur nya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalubanyak daripada perutnya itu.”
-Jawab
ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta
yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
-Golongan
keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang
hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
-Jawab
ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama
sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
-“Ku
lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung
pemuda itu.
-“Anak
muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa
hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa
lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa
sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam
golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
-“Wahai
guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahatnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku
lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat
busuk baunya,”
-“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
-“Wahai
guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai
tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
-Jawab
ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia
yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat
mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi
Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya. Ingatlah,
sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan
kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita
lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
-Setelah
Anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan
rekan-rekan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil
kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Aamiin.
Sumber: ukhtiindonesia
0 komentar:
Posting Komentar